Kandungan Data Quipu

Quipu Inca. Koleksi Muzium Larco

Sebahagian besar maklumat yang tercatat pada Quipu terdiri daripada nombor dalam sistem perpuluhan.[2] Walau bagaimanapun, terdapat beberapa simpulan serta ciri-ciri lain seperti warna, yang dipercayai mewakili maklumat bukan angka, yang masih belum dapat dirungkaikan oleh pakar. Umum menganggap yang sistem ini tidak termasuk simbol fonetik yang bersamaan dengan huruf abjad. Tetapi Gary Urton berpendapat Quipu menggunakan sistem binari yang boleh merekod data fonologi atau logografi.

Pada tahun-tahun awal penaklukan Peru oleh Sepanyol, pemerintah Sepanyol sering bergantung kepada Quipu untuk menyelesaikan pertikaian bayaran ufti tempatan atau pengeluaran barang. Para sejarawan Sepanyol juga mencatat tentang peranan penting Quipu sebagai alat mnemonik untuk berkomunikasi dan merekod maklumat berangka. Quipucamayoc (lihat di bawah) boleh dipanggil ke mahkamah dan rekod perakaunan mereka diiktiraf sebagai dokumentasi yang sah.